Sunday, December 12, 2010

Tempahan Perkahwinan

Assalamualaikum..
Rezeki kalau Allah nak bagi tu memang kita tak terjangka..belum sebulan aku menceburkan diri dalam perniagaan coklat ni dah mendapat kepercayaan individu-individu untuk membuat gubahan hantaran..alhamdulillah..

prinsip aku biar harga murah dari orang lain asalkan permintaan tu sentiasa ada..walaupun harga murah tapi kualiti tetap dijaga..coklat pun aku guna coklat berkualiti..yela kita ni orang islam..nak ambil untung pun tak boleh lebih 99%..kalau dah sampai lebih 100% dah berdosa tu.. mudah-mudahan rezeki yang aku dapat ni berkat..aku sentiasa berdoa supaya rezeki aku bertambah-tambah supaya aku dapat keluarkan zakat banyak-banyak dan wujudkan peluang kerja untuk orang lain..

bercerita tentang tempahan..gubahan ini ditempah oleh Puan Suhairah untuk hantaran perkahwinan abang beliau yang belangsung pada 11 disember 2010..tema perkahwinan dia gold..jadi dia nak coklat warna gold..cari punya cari tak jumpa la pulak coklat warna gold..setelah berbincang beliau besetuju guna coklat warna kuning..kotak coklat warna gold pun jadi la..hehehe beliau minta coklat ni campur-campur..jadi aku buat la filling badam,kismis minda (hehehe kismis biasa jela) dan pure coklat..



kotak siap reben

Selain tu,Puan Suhairah tempah 20biji coklat pelbagai warna,bentuk & rasa..katanya untuk dimakan sendiri..yela takkan nak tengok je hantaran tu bagi kat pihak pengantin perempuan kan..mesti nak rasa gak sendiri..hehe..

dia order banyak..jadi seperti biasa la..mesti ada free gift kan..aku bagi 2batang lolichoc bentuk bunga sebagai free gift..




No comments:

Post a Comment