Wednesday, December 8, 2010

Aku terjebak dalam pembuatan coklat...huaaaaa

Bermulalah kisah....

Actually..dah lama benar aku simpan hasrat tuk belajar seni pembuatan coklat ni.Kenapa aku cakap seni? pasal mcm2 bentuk,warna,rasa..kan berseni tu..huhuhu.Masa aku mula-mula berangan nk buat coklat ni masa tu kat Malaysia ni belum ada lagi pasal hand made chocolate..kalau ada pun belum kecoh-kecoh lagi kat blog-blog.Masa tu aku layan video-video kt youtube sambil-sambil cari maklumat kat website omputeh.Makin lama makin ramai orang yang buat tapi aku tak mula-mula gak lagi..hahaha.Ada gak la terfikir nak pergi kelas pembutan coklat ni..tapi tak mampu la mahal..daripada aku bayar yuran tu baik aku buat modal buat coklat kan.Aku amat berterima kasih la dekat internet ni.sumber ilmu..sebenarnya aku belajar buat coklat ni dengan internet jela..takde masuk mana-mana kelas pun.

Lama aku simpan hasrat nak buat coklat ni..yela pasal aku sibuk bekerja sebagai pembantu teknik..sampai la satu hari tu bila kontrak kerja aku dah makin hampir tamat..runsing aku nak mencari kerja lain ditambah pula berita yang kontrak kerja ni belum tentu disambung lagi pasal ada beberapa masalah dalam pengurusan syarikat tu..mula la otak aku ligat berfikir kalau takde kerja nanti ape aku nak buat..pastu kata hati aku cakap ape salahnye cuba buat coklat ni kan..mana la tau boleh jadi sumber rezeki..

Aku pun mula mencari barang-barang tuk buat coklat setelah berbincang dengan tunangku.. dah beli barang-barang tu aku try buat coklat ni dengan dia..dia pulak excited nak buat cepat..nak tengok hasilnya..first time biasa la..kurang menjadi..pastu cari balik maklumat ape yang silap..esoknya terus beli barang-barang tambahan dan cuba untuk kali kedua..YES!! berjaya.. alhamdulillah..

Bila dah jadi..tunangku terfikir la macam mana nak jual..takkan nak syok sendiri je buat banyak-banyak jenis tapi tak jual..dia terus call akak dia..bakal akak ipar aku la..akak dia kerja kat kedai runcit milik bapak mertuanya.Kami berbincang sama ada boleh ke tak dia tolong jualkan coklat tu..dia cakap boleh je..tapi kene hantar sample dulu..so kami siapkan cepat-cepat coklat tu dan bersiap-siap tuk hantar sample tu ke kluang..sampai di sana sample tu bapak mertua dia rasa..dia cakap sedap..boleh letak sini..packing cantik-cantik..wahhhhh seronoknya rasa!!

Inilah ape yang aku impi-impikan..tuk ada perniagaan sendiri..walaupun kecil-kecilan..selang dua tiga hari lepas tu aku dapat berita kontrak kerjaku disambung..alhamdulillah..sekarang dah ada dua kerja.aku bersyukur padamu ya Allah..


No comments:

Post a Comment