Sunday, December 26, 2010

Tempahan Kek Coklat Ganache

Assalamualaikum...
Disamping mengambil tempahan coklat tempahan kek pun aku ambil gak..tempahan ni aku terima dari En.Izhar..orang bakri..dia tempah untuk menyambut ulangtahun perkahwinan makayah dia yang ke-24..Hurmm..dia pun tak tau nak tempah kek ape n bajet dalam RM50.. nak yang unik..maka terhasil la kek coklat ganache strawberry berbunga fondant..

kepada En.Izhar..terima kasih daun keladi..ada anniversary lain order la lagi..hehehehe
dan kepada kedua yang menyambut anniversary 2 iaitu kedua orang tuanya diucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-24..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..aminn




Sunday, December 19, 2010

Tempahan Oreochoc

Tempahan ni untuk jualan di kedai bakal akak iparku...untuk cubaan..hehehe

sebiji RM1.50..sangat sesuai la untuk sovenir majlis2 terutamanya majlis perkahwinan..oder bnyak harga blh kurang lagi..

Tempahan Hantaran Perkahwinan ke-2

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..ni kali ke dua aku dapat tempahan untuk hantaran..6kotak 12biji coklat
3kotak untuk pihak lelaki tema hitam..3 kotak lagi untuk pihak perempuan tema ungu..
set untuk hantaran ni sekotak RM10 sahaja..
untuk tempahan boleh hubungi bila-bila masa..




Sunday, December 12, 2010

Tempahan Perkahwinan

Assalamualaikum..
Rezeki kalau Allah nak bagi tu memang kita tak terjangka..belum sebulan aku menceburkan diri dalam perniagaan coklat ni dah mendapat kepercayaan individu-individu untuk membuat gubahan hantaran..alhamdulillah..

prinsip aku biar harga murah dari orang lain asalkan permintaan tu sentiasa ada..walaupun harga murah tapi kualiti tetap dijaga..coklat pun aku guna coklat berkualiti..yela kita ni orang islam..nak ambil untung pun tak boleh lebih 99%..kalau dah sampai lebih 100% dah berdosa tu.. mudah-mudahan rezeki yang aku dapat ni berkat..aku sentiasa berdoa supaya rezeki aku bertambah-tambah supaya aku dapat keluarkan zakat banyak-banyak dan wujudkan peluang kerja untuk orang lain..

bercerita tentang tempahan..gubahan ini ditempah oleh Puan Suhairah untuk hantaran perkahwinan abang beliau yang belangsung pada 11 disember 2010..tema perkahwinan dia gold..jadi dia nak coklat warna gold..cari punya cari tak jumpa la pulak coklat warna gold..setelah berbincang beliau besetuju guna coklat warna kuning..kotak coklat warna gold pun jadi la..hehehe beliau minta coklat ni campur-campur..jadi aku buat la filling badam,kismis minda (hehehe kismis biasa jela) dan pure coklat..



kotak siap reben

Selain tu,Puan Suhairah tempah 20biji coklat pelbagai warna,bentuk & rasa..katanya untuk dimakan sendiri..yela takkan nak tengok je hantaran tu bagi kat pihak pengantin perempuan kan..mesti nak rasa gak sendiri..hehe..

dia order banyak..jadi seperti biasa la..mesti ada free gift kan..aku bagi 2batang lolichoc bentuk bunga sebagai free gift..




Oreochoc-Biskut Oreo Disaluti Coklat

Assalamualaikum...
Hari ni nak promote oreochoc pulak..Oreochoc ni dalam dia ada biskut oreo..salut pulak dengan coklat..kebetulan masa buat coklat ni anak-anak sedara aku balik kampung..ni pun nasib baik sempat amik gambar..habis sume diorang bedal..huhuhuhu..so kalau budak-budak suka makan..sampai abis lak tu..maknanya sedappppp laaa...hehehehe

oreochoc with edible image..apa-apa image pun boleh nak order..image sendiri atau dengan pasangan untuk tunang/kahwin pun boleh..harga RM1.30-RM2.20..bekas cantik harga lebih la..untuk tunang/kahwin harga siap bekas+reben..order banyak harga boleh kurang lagi..




Friday, December 10, 2010

Lolichoc-Tempahan 100 batang pertama

Assalamualaikum...
Tempahan kedua..100batang lolichoc dari Kak Ema..orang kampung aku..usahawanita yang berjaya..ada bisnes ikan keli..kedai runcit..kedai kecantikan..macam-macam bisnes dia ada..aku pun bercita-cita nak berjaya macam dia..tempahan ni untuk dijual di kedai mini dia..berhadapan dengan sekolah..so memang jadi tumpuan budak-budak la kedai dia ni..kalau bulan puasa aku selalu hantar air soya kat kedai dia..memang laku..

lolichoc ni khas untuk budak-budak sekolah..so saiz bepatutan dengan harga..50sen sebiji..kalau jual mahal-mahal kesian la kat budak sekolah..kalau anak orang yang mampu tu tak kesah la dia nk beli singgit ke singgit lebih ke..abis kalau yang tak mampu tu takkan nak kecap air liur je tengok kawan-kawan makan kan..hehehe..yang penting semua happy..



Birthday Combo Pack-Istimewa Buat Seorang Sahabat

Tanggal 2 Desember yang lalu..hari jadi kawan baik aku..Nurhanisalia..haishh..penat kepala otak fikir nak bagi dia hadiah ape..hehehe fikir punya fikir aku ambil keputusan tuk buat coklat yang special untuk dia..lagipun dia memang suka makan coklat..maka terhasillah coklat ini dari ilhamku..kehkehkeh dengan harapan dia terima dengan gembira..

Ni 1st time buat heart shape box macam ni..bila bagi je kat dia punya la happy sangat..dia cakap sedap..sampaikan ayah dia suruh masukkan dalam frame pasal sayang nak makan..huhuhu



Terima kasih sahabat
(kau tahu ini untukmu!)

kelmarin aku rebah di ribaan mu
bersama-sama hati yang gulana terluka
dan sisa-sisa kekuatan yang ada
terima kasih sahabat
kerana memberi penghormataan itu
untuk aku menumpang kegagahanmu
mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu
dengan duka lara jiwa yang semakin resah
dengan doa dan harapan yang kian sirna
terima kasih sahabat
kerana menarik pulang akal warasku
saat aku mula merungut rintih, mencongak kira
betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih
dan aku masih mencari sisimu sahabat
menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu
terima kasih sahabat
kerana beban yang kutimbun buat mu ini
masih kau tadah kumpul dalam hatimu
gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat...
buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini
buat setiap saat waktu yang terbazir
untuk mendengar keluh kesahku
buat setiap tutur kata dan pujukan
untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan
kerana meminjamkan aku
seorang sabahat seperti kamu
doaku tuhan
janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh dia
kala dia ditempatku
dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan
dengan kasih sayang dan rezekimu
aminnn...

buatmu sahabatku...aku sayang kamu!

My 1st Order

Assalamualaikum...
Ini tempahan pertama yang aku dapat dari Pn.Nur Siti Nadiah dari Kluang..tempahan ni tuk test market kat kedai bapak mertua dia..penuh gak la sebakul tempahan dari beliau..


2pcs/box RM1.00


6pcs/box RM3.oo


8pcs/box RM4.00



10pcs/box RM5.00


Lolichoc RM1.oo


Teddy Choc RM1.30

Sedia untuk penghantaran......


dengar cerita dari Pn.Siti jualannye berjalan lancar..Alhamdulillah..lepas ni boleh hantar lagi..hehehe

Wednesday, December 8, 2010

Aku terjebak dalam pembuatan coklat...huaaaaa

Bermulalah kisah....

Actually..dah lama benar aku simpan hasrat tuk belajar seni pembuatan coklat ni.Kenapa aku cakap seni? pasal mcm2 bentuk,warna,rasa..kan berseni tu..huhuhu.Masa aku mula-mula berangan nk buat coklat ni masa tu kat Malaysia ni belum ada lagi pasal hand made chocolate..kalau ada pun belum kecoh-kecoh lagi kat blog-blog.Masa tu aku layan video-video kt youtube sambil-sambil cari maklumat kat website omputeh.Makin lama makin ramai orang yang buat tapi aku tak mula-mula gak lagi..hahaha.Ada gak la terfikir nak pergi kelas pembutan coklat ni..tapi tak mampu la mahal..daripada aku bayar yuran tu baik aku buat modal buat coklat kan.Aku amat berterima kasih la dekat internet ni.sumber ilmu..sebenarnya aku belajar buat coklat ni dengan internet jela..takde masuk mana-mana kelas pun.

Lama aku simpan hasrat nak buat coklat ni..yela pasal aku sibuk bekerja sebagai pembantu teknik..sampai la satu hari tu bila kontrak kerja aku dah makin hampir tamat..runsing aku nak mencari kerja lain ditambah pula berita yang kontrak kerja ni belum tentu disambung lagi pasal ada beberapa masalah dalam pengurusan syarikat tu..mula la otak aku ligat berfikir kalau takde kerja nanti ape aku nak buat..pastu kata hati aku cakap ape salahnye cuba buat coklat ni kan..mana la tau boleh jadi sumber rezeki..

Aku pun mula mencari barang-barang tuk buat coklat setelah berbincang dengan tunangku.. dah beli barang-barang tu aku try buat coklat ni dengan dia..dia pulak excited nak buat cepat..nak tengok hasilnya..first time biasa la..kurang menjadi..pastu cari balik maklumat ape yang silap..esoknya terus beli barang-barang tambahan dan cuba untuk kali kedua..YES!! berjaya.. alhamdulillah..

Bila dah jadi..tunangku terfikir la macam mana nak jual..takkan nak syok sendiri je buat banyak-banyak jenis tapi tak jual..dia terus call akak dia..bakal akak ipar aku la..akak dia kerja kat kedai runcit milik bapak mertuanya.Kami berbincang sama ada boleh ke tak dia tolong jualkan coklat tu..dia cakap boleh je..tapi kene hantar sample dulu..so kami siapkan cepat-cepat coklat tu dan bersiap-siap tuk hantar sample tu ke kluang..sampai di sana sample tu bapak mertua dia rasa..dia cakap sedap..boleh letak sini..packing cantik-cantik..wahhhhh seronoknya rasa!!

Inilah ape yang aku impi-impikan..tuk ada perniagaan sendiri..walaupun kecil-kecilan..selang dua tiga hari lepas tu aku dapat berita kontrak kerjaku disambung..alhamdulillah..sekarang dah ada dua kerja.aku bersyukur padamu ya Allah..